kenapa blog ini ditubuhkan??
Secara amnya, blog ini ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa dan mahasiswi melayu mengenai pentingnya usaha memartabatkan ALIF (agama) BA ( bangsa) dan TA(tanah air). Berdasarkan situasi sekarang, masyarakat melayu yang semakin hilang peranan, fungsi, jati diri dan sikap yang terlalu selesa. Oleh hal demikian, ia ditubuhkan adalah bertujuan sebagai wacana perkOngsian untuk idea, pendapat, sebagai resOlusi yang akhirnya membawa kepada tindakan susulan.
InsyaAllah, walaubagaimanapun ianya bukan bertujuan menyemai semangat racism@anti kepada nOn-malay@bumiputera diluar sana. Cuma ingin mengajak masyarakat muda-mudi khususnya dalam usaha membuat anjakan paradigma agar kita sedar bahawa melayu tidak lagi berada di zOn yang selesa.
Akhirnya, masyarakat melayu bersama dengan masyarakat "lain" turut berusaha menyumbang kepada pembangunan negara dari pelbagai aspek supaya kita tidak terus ketinggalan dan terus-menerus selesa dengan keadaan sekarang.
Kami berharap dengan adanya blog seperti ini dapat membantu saudara dan saudari memahami tujuan penubuhan blog ini.
ehem2...gambar 3 org pemantau xnk letak ke??,..jeng3..:)..nk glamour gak..hehhehe
ReplyDeletejap ae nk akan di update lagi
ReplyDeletenasionalisma atau nasionanisma..dalam misi kita??...
ReplyDeleteblog yang bagus....
ReplyDeleteteruskan perjuangan kalian